Tujuan :
Menghadiri Bengkel Pemurnian SIMPENI KAFA 2013 Anjuran HQ di Johor Bahru
Tarikh : 8-12
Oktober 2013
Jarak : 1744 km
Jenis
Kenderaan : Yamaha FZ 150i PKR8517 (2012) dan Modenas Jaguh 175 PEM2635 (1999)
Pengembara : Mohd
Khursaini (Pawangmuslim Jaguh) dan Mohd Fisol (Chon FZ)
081013
1030 : Chon bertolak dari rumah di Kuala Muda
Kedah
1100 : Pawang bertolak dari rumah di Machang
Bubok Pulau Pinang 481 odometer (kiraan berdasarkan odometer Jaguh)
1200 : Bertemu
di Plaza Tol Jawi Lebuh raya Utara Selatan PLUS
1240 : R&R
Bukit Merah Isi minyak 54Km, Rm 24
Singgah R&R
Tapah Perak. Pesanan aku pada chon “kalau enta lapaq , mengantuk atau nak qadha hajat, kena tunjuk isyarat. Aku jenis
tak makan nasi kalau ride jauh” . Dia setuju, maka dia pun tak jamah
nasi. Naya aih..
1600 :
Plaza Tol Jalan Duta Kuala Lumpur isi minyak 323Km, Rm 17
Singgah Bengkel
Motosikal Sentul , Tukar Penyerap Hentak (absorber ) yang terlalu keras dan Rim Sukan (sport rim)
Solat Zuhur
dan Asar
2000 : Masjid
Haji Salleh, Sentul Maghrib dan Isyak
2100 :
Bertolak dari KL ke Klang singgah Digital Mall Petaling Jaya. Ambil Samsung TAB
7 plus. Sayangnya masih belum pulih sepenuhnya. Tinggal dulu .
2300 : Perumahan
TNB Taman Bukit Jati Connaught Bridge Klang. Rumah biras tinggal rim jaguh
original.
2330 :
Makan malam kami roti kerim gardenia sahaja untuk mengelakkan mengantuk.
Teruskan Perjalanan melalui Lebuh raya Elite menghala ke Seremban.
091013
0100 : Singgah makan di Puchong , keluar dari Lebuh
raya. Kami lebih suka makanan luar berbanding R&R yang kurang menyelerakan
dan layanan kelas B. Masih tak makan nasi, Chon pun ikut tak makan nasi. Hanya bihun
dan mee sahaja. Makanan berat yang pertama kami jamah dalam perjalanan ini.
0200 : Perjalanan
di teruskan melalui SKVE menghala ke Nilai
0230 : Exit
Nilai, mata mulai meliew ( istilah Ustaz Ahmad Syokri ) kami mencari masjid
untuk iktikaf. Masjid Bandar Baru Nilai, agak kurang sesuai. Pagar bertutup
rapat dan keselamatan agak kurang terjamin. Kami terus meninjau melalui WAZE, mujurlah
Chon baru guna Samsung Core. Akhirnya kami ditunjukkan jalan ke Pekan Lama
Nilai, Negeri Sembilan.
0240 :
Perjalanan kami berakhir hari ini di Masjid Lama Nilai, iktikaf dan istirahat di
rumah Allah. Cukup selesa bagi pengembara macam kami…
0445 :
Bersiap memulakan perjalanan pagi ini menuju Lebuh raya PLUS plaza tol Nilai.
0600 : Masuk waktu subuh dalam kedinginan hujan kami singgah di plaza tol Port Dickson mencari surau . Kebiasaannya lebuh raya dari utara ke KL setiap plaza tol ada surau. Berbeza di kawasan selatan tidak ada surau. Hujan semakin lebat. Singgah di Hentian sebelah Pedas Linggi solat Subuh, ada tertulis di pondok rehat “hentian ini tidak sesuai untuk solat, sila ke R&R berdekatan 46km” kami ketawa dan terus bersolat di situ. Mu tak mengaji fiqh ibadat lo… (jangan menyukarkan perkara yang mudah) selepas solat kami teruskan perjalanan
0830 : singgah di Restoran Jejantas R&R Ayer Keroh Melaka. Kali ini perut memang betul lapar. Tengok gerai makan masih banyak yang tutup. Ada satu gerai yang buka menu nasi lemak, mee kari, laksa. Tu dia….. nak makan nasi lemak nanti mengantuk, laksa jenuh pedih perut, akhirnya kami pilih mi kari atas dasar keperluan sahaja untuk menampung zat dalam perjalanan nanti, nah! Ambik ko Rm 8.00 dah la rasa pun cam lahabau jek . Sepanjang kami makan kemudiannya berehat di massage chair pelanggan yang datang ke gerai tersebut ramai, kebanyakannya cha ya nun alif … kecuali kami hanya satu pasangan Melayu sahaja yang datang makan… kenape ek? Halal ke ek? Mujurlah kami ngaji fikah.
0930 : Perjalanan diteruskan. Wah, hebat juga penangan mi kari ni. Mata naik meliuw pulaaak. Singgah hentian sebelah Kampung Bemban 10 minit.
1000 : R&R Pagoh rehat dan tidur sekejap
1100 : Pagoh Isi minyak 625km Rm 23
1330 : exit Skudai
1345 : sampai ke Hotel GoodHope, Taman Ungku Tun Aminah, Skudai . Tak boleh check in lagi, katanya pukul 1500 baru boleh. Kami makan tengah hari, kedai mamak depan hotel.
Tamat
perjalanan hari ini 749 Km.
Di Hotel
Layanan amat
tidak memuaskan receptionist tak senyum langsung ketika mengambil kunci dari kaunter dia memberitahu pada kami pihak hotel hanya sediakan satu kad kunci sahaja tapi dengan "bahasa dan intonasi yang cukup indah" dari segi sopan santun aku
rasa lebih baik pekerja 7-eleven walau pun produk mereka hanya barangan runcit
yang keuntungan sekitar 15-20% tapi sikap yang diamalkan mereka menyapa, senyum, ucap selamat pada pelanggan, memang layak dipuji.
Guard pun tiada adab dengan kasarnya mengarahkan kami supaya parking motor di tingkat bawah. Sepatutnya pekerja hotel ni kena pergi kursus dengan pekerja 7-eleven, McDonald atau KFC. Bagaimana nak bercakap sopan dengan pelanggan, cara menyambut tetamu. Jangan pandang luaran pelanggan, memang kami nampak selekeh dengan motor kecil, beg-beg yang bergantungan. Tak nampak macam ustaz @ penjawat awam. Dia tak tau yang kita mai ni pun atas kapasiti kerajaan. Kena pula sebilik 3 orang, satu katil tambahan diletakkan sesuka hati. Aiseh… apa jenis hotel ni ?????
potong betullah……. Angin satu badan… hotel tak salah yang salah in caj, bukankah beratus lagi hotel di JB, carilah berdekatan sempadan, Plaza Angsana atau Pusat Islam Iskandar Johor.
Guard pun tiada adab dengan kasarnya mengarahkan kami supaya parking motor di tingkat bawah. Sepatutnya pekerja hotel ni kena pergi kursus dengan pekerja 7-eleven, McDonald atau KFC. Bagaimana nak bercakap sopan dengan pelanggan, cara menyambut tetamu. Jangan pandang luaran pelanggan, memang kami nampak selekeh dengan motor kecil, beg-beg yang bergantungan. Tak nampak macam ustaz @ penjawat awam. Dia tak tau yang kita mai ni pun atas kapasiti kerajaan. Kena pula sebilik 3 orang, satu katil tambahan diletakkan sesuka hati. Aiseh… apa jenis hotel ni ?????
potong betullah……. Angin satu badan… hotel tak salah yang salah in caj, bukankah beratus lagi hotel di JB, carilah berdekatan sempadan, Plaza Angsana atau Pusat Islam Iskandar Johor.
bersambung gambar tak boleh upload line slow malam ni... esok cuba upload lagi
Iktikaf di Masjid Lama Nilai
Destinasi tugasan
Siang tak sempat meronda. Selepas tamat bengkel jam 2300 baru boleh round JB
Danga Bay, merbahaya bagi rider. Lumba haram kereta boleh meragut nyawa
Berangkat pulang, gambar diambil wakil Perlis Ustaz Mohd Syahid
Hampir 3 jam baru dapat merentasi Johor, gegancu (sprocket) dan rantai mula berbunyi.
Keadaan kuda tua ku, yang gagah perkasa. Setelah mengharungi
cabaran sejauh 1153 km. Baki lagi 600 km lebih kurang
Transit sebentar iktikaf di rumah Allah Masjid Kampung Lubuk Lesung, Kemaman, Kuala Terengganu.
Trek paling mencabar sepanjang kembara. Kuantan - Jabor - Kuala Terengganu, hujan lebat, lopak tidak kelihatan, pemandu kereta yang tidak perihatin dengan bike rider
Alhamdulillah menjejak ke sempadan. Pasir Puteh, Kelantan
Restoran sup belut Jeli, tempat kenangan "Konvoi Askar Pencen" pernah
bermesyuarat menentukan perjalanan ke Kota Bharu atau Gua Musang.
Akhirnya kami memilih Dabong - Gua Musang - Cameron Highlands.
Hentian Puncak Titiwangsa, dah nak sampai rumah. |
"Hey, Jaguh! hey, sigemuk pendek! ... kudaku terus gagah berlari" |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan