Selasa, 15 Oktober 2013

Beza Antara Hobi Dan Keperluan

Dua perbezaan ketara, pertama menggunakan sesuatu sebagai keperluan, kedua menggunakan sesuatu sebagai hobi.

Perkara pertama bagi mencapai maksud keperluan hidup sahaja. iIni merupakan perkara umdah, contoh: ada motosikal yang digunakan untuk ke tempat kerja. Peralatan menangkap ikan, seperti pukat dan joran digunakan untuk mencari rezeki di laut atau sungai. Kereta, pula digunakan sebagai kemudahan untuk berjalan bersama keluarga, sekiranya hujan anda dapat berlindung dengan selamat, boleh angkut pelbagai barangan. Kadang-kadang merungut juga kerana maksud susah dicapai contoh situasi :Anda sedang menunggang motosikal tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya  "alamak hujan,basahla baju" atau anda sedang memukat atau memancing " cis, tak berbaloi, hari ini ikan tidak banyak, hasil kurang memuaskan"

Perkara kedua. Hobi, minat atau kegemaran. Ini adalah perkara fudhlah, contoh : Anda mempunyai kereta tetapi anda menunggang motosikal beratus kilometer jauhnya. Situasi kedua, terdapat banyak ikan segar dijual dipasar tetapi anda sengaja menyewa bot belayar ketengah laut untuk memancing. Atau anda memiliki sebuah kereta yang baru dibeli, semuanya lengkap dengan aksesori spesifikasi penuh ( full spec), tetapi anda masih lagi mengubah suai untuk mencapai kepuasan. Peliknya dalam ketiga-tiga situasi ini anda tidak pernah merungut dan tak akan serik walau pun terkadang perkara itu amat menyukarkan. Sedang melayan perasaan menunggang motosikal tiba-tiba hujan turun, hati kecil berbisik dengan penuh teruja "wah, seronoknya,dah lama tak naik moto dalam hujan, tentulah lebih mencabar" atau " ikan kurang, tapi tak mengapa puas hati juga, belum pernah sampai lagi di sini, nanti boleh datang lagi "

Itulah hobi namanya, sesuatu yang seni sukar digambarkan dengan kata-kata. Bagi yang tidak memahami kita terpaksa nyatakan dengan pendirian secara zahir. contoh " aku naik moto ni pasal minyak naik harga,lagi pun tak kena tol, tidak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, mesra alam " dan bermacam alasan lagi yang anda akan berikan atau "aku pergi memancing pasal ikan mahal, dapat ikan segar, tiada pencemaran dan sebagainya" . Jawapan ini kerana sukarnya menggambarkan suatu yang datang dari hati.

1 ulasan: