Isnin, 25 November 2013

Santau (2350/25112013)

Alhamdulillah selesai rawatan. Malam ini ramai pesakit santau yang merupakan salah satu jenis sihir melibatkan unsur syirik yang nyata. Serangan sihir jenis ini terdiri dari bentuk fizikal (nyata) dan  jasmani (ghaib, halus, roh,tidak nampak).

Serangan Fizikal
Bahan beracun dari bisa haiwan atau benda tajam seperti jarum, kaca, serbuk besi.

Serangan Jasmani
Bisa yang telah di adun akan di bawa oleh jin untuk menyerang mana-mana prospek melalui hembusan angin, makanan atau minuman.

Perbuatan ini jelas haram, antara ritual santau ini melibatkan pemujaan, menyeru jin-jin kafir dari golongan atasan (agak bijak dan kuat), jamu makanan pelik kepada makhluk jin, membela
Antara tanda serangan santau :
Muntah, tiada selera makan, sakit dada, perut, pinggang, sendi, gatal.

Doktor akan mengatakan kemungkinan anda penghidap penyakit seperti berikut :
TB (batuk kering), paru-paru terkena jangkitan kuman, darah terlalu tinggi kadang-kadang terlalu rendah, kanser usus, kayap, hepatitis, bengkak hati, buah pinggang. Tetapi hanya prospek, setelah di diagnos doktor hanya mengagak penyakit anda tetapi tidak dapat nyatakan secara detail. Setelah makan beberapa jenis ubat, penyakit tidak berkurangan sila dapatkan rawatan segera dari perawat sihir, mungkin anda di santau.

Kenapa tidak semua doktor atau hospital tak mampu berubat santau atau sihir? Jawapannya kerana kebanyakan mereka tidak menerima kewujudan sihir sepertimana firman Allah dalam Al-Quran (Al-baqarah 102), disebut mengenai sihir yang berlaku pada zaman Nabi Sulaiman, Nabi Musa dan Harun begitu juga pada zaman Nabi Muhammad SAW. Walau pun ada sebahagian doktor yang mengakui wujudnya simptom luar biasa pada pesakit adalah disebabkan sihir.

Berusahalah untuk merawat diri dari gangguan sihir dan jin. Perkataan yang melemahkan kita mungkin menyebabkan Allah menangguhkan kesembuhan dari sakit antaranya 'dah berubat merata, duit habis banyak tapi tak sembuh pun' . Ingatlah, kesembuhan milik Allah, usaha di tangan kita sendiri dengan izin Allah. Bukan sengaja mereka cerita, tetapi saya juga pesakit yang diuji oleh Allah seperti anda.


 (Catatan ini berdasarkan pengalaman saya sebagai pesakit dan perawat,jika terdapat khilaf, mohon tunjuk ajar) annajahrec7@gmail.com

Selasa, 15 Oktober 2013

Beza Antara Hobi Dan Keperluan

Dua perbezaan ketara, pertama menggunakan sesuatu sebagai keperluan, kedua menggunakan sesuatu sebagai hobi.

Perkara pertama bagi mencapai maksud keperluan hidup sahaja. iIni merupakan perkara umdah, contoh: ada motosikal yang digunakan untuk ke tempat kerja. Peralatan menangkap ikan, seperti pukat dan joran digunakan untuk mencari rezeki di laut atau sungai. Kereta, pula digunakan sebagai kemudahan untuk berjalan bersama keluarga, sekiranya hujan anda dapat berlindung dengan selamat, boleh angkut pelbagai barangan. Kadang-kadang merungut juga kerana maksud susah dicapai contoh situasi :Anda sedang menunggang motosikal tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya  "alamak hujan,basahla baju" atau anda sedang memukat atau memancing " cis, tak berbaloi, hari ini ikan tidak banyak, hasil kurang memuaskan"

Perkara kedua. Hobi, minat atau kegemaran. Ini adalah perkara fudhlah, contoh : Anda mempunyai kereta tetapi anda menunggang motosikal beratus kilometer jauhnya. Situasi kedua, terdapat banyak ikan segar dijual dipasar tetapi anda sengaja menyewa bot belayar ketengah laut untuk memancing. Atau anda memiliki sebuah kereta yang baru dibeli, semuanya lengkap dengan aksesori spesifikasi penuh ( full spec), tetapi anda masih lagi mengubah suai untuk mencapai kepuasan. Peliknya dalam ketiga-tiga situasi ini anda tidak pernah merungut dan tak akan serik walau pun terkadang perkara itu amat menyukarkan. Sedang melayan perasaan menunggang motosikal tiba-tiba hujan turun, hati kecil berbisik dengan penuh teruja "wah, seronoknya,dah lama tak naik moto dalam hujan, tentulah lebih mencabar" atau " ikan kurang, tapi tak mengapa puas hati juga, belum pernah sampai lagi di sini, nanti boleh datang lagi "

Itulah hobi namanya, sesuatu yang seni sukar digambarkan dengan kata-kata. Bagi yang tidak memahami kita terpaksa nyatakan dengan pendirian secara zahir. contoh " aku naik moto ni pasal minyak naik harga,lagi pun tak kena tol, tidak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, mesra alam " dan bermacam alasan lagi yang anda akan berikan atau "aku pergi memancing pasal ikan mahal, dapat ikan segar, tiada pencemaran dan sebagainya" . Jawapan ini kerana sukarnya menggambarkan suatu yang datang dari hati.

Ahad, 13 Oktober 2013

Biker Tegaq Jelajah Semenanjung Malaysia


Tujuan : Menghadiri Bengkel Pemurnian SIMPENI KAFA 2013 Anjuran HQ di Johor Bahru
Tarikh : 8-12 Oktober 2013
Jarak  : 1744 km
Jenis Kenderaan : Yamaha FZ 150i PKR8517 (2012) dan Modenas Jaguh 175 PEM2635 (1999)
Pengembara : Mohd Khursaini (Pawangmuslim Jaguh) dan Mohd Fisol (Chon FZ)



081013

 1030 : Chon bertolak dari rumah di Kuala Muda Kedah

 1100 : Pawang bertolak dari rumah di Machang Bubok Pulau Pinang 481 odometer (kiraan berdasarkan odometer Jaguh)

1200 : Bertemu di Plaza Tol Jawi Lebuh raya Utara Selatan PLUS

1240 : R&R Bukit Merah Isi minyak  54Km, Rm 24

Singgah R&R Tapah Perak. Pesanan aku pada chon “kalau enta lapaq , mengantuk atau nak qadha             hajat, kena tunjuk isyarat. Aku jenis  tak makan nasi kalau ride jauh” . Dia setuju, maka dia pun tak             jamah nasi. Naya aih..

1600 : Plaza Tol Jalan Duta Kuala Lumpur isi minyak 323Km, Rm 17
Singgah Bengkel Motosikal Sentul , Tukar Penyerap Hentak (absorber ) yang terlalu keras dan Rim             Sukan (sport rim)
Solat Zuhur dan Asar 

2000 : Masjid Haji Salleh, Sentul Maghrib dan Isyak

2100 : Bertolak dari KL ke Klang singgah Digital Mall Petaling Jaya. Ambil Samsung TAB 7 plus.               Sayangnya masih belum pulih sepenuhnya. Tinggal dulu .

2300 : Perumahan TNB Taman Bukit Jati Connaught Bridge Klang. Rumah biras tinggal rim jaguh original.

2330 : Makan malam kami roti kerim gardenia sahaja untuk mengelakkan mengantuk. Teruskan Perjalanan melalui Lebuh raya Elite menghala ke Seremban.


091013

 0100 : Singgah makan di Puchong , keluar dari Lebuh raya. Kami lebih suka makanan luar berbanding R&R yang kurang menyelerakan dan layanan kelas B. Masih tak makan nasi, Chon pun ikut tak makan                 nasi. Hanya bihun dan mee sahaja. Makanan berat yang pertama kami jamah dalam perjalanan ini.

0200 : Perjalanan di teruskan melalui SKVE menghala ke Nilai

0230 : Exit Nilai, mata mulai meliew ( istilah Ustaz Ahmad Syokri ) kami mencari masjid untuk iktikaf.       Masjid Bandar Baru Nilai, agak kurang sesuai. Pagar bertutup rapat dan keselamatan agak kurang               terjamin. Kami terus meninjau melalui WAZE, mujurlah Chon baru guna Samsung Core. Akhirnya                 kami ditunjukkan jalan ke Pekan Lama Nilai, Negeri Sembilan.

0240 : Perjalanan kami berakhir hari ini di Masjid Lama Nilai, iktikaf dan istirahat di rumah Allah. Cukup     selesa bagi pengembara macam kami…  

0445 : Bersiap memulakan perjalanan pagi ini menuju Lebuh raya PLUS plaza tol Nilai.

0600 : Masuk waktu subuh dalam kedinginan hujan kami singgah di plaza tol Port Dickson mencari surau . Kebiasaannya lebuh raya dari utara ke KL setiap plaza tol ada surau. Berbeza di kawasan selatan tidak ada surau. Hujan semakin lebat. Singgah di Hentian sebelah Pedas Linggi solat Subuh, ada tertulis di pondok rehat “hentian ini tidak sesuai untuk solat, sila ke R&R berdekatan 46km” kami ketawa dan terus bersolat di situ. Mu tak mengaji fiqh ibadat lo… (jangan menyukarkan perkara yang mudah) selepas solat kami teruskan perjalanan

0830 :  singgah di Restoran Jejantas R&R Ayer Keroh Melaka. Kali ini perut memang betul  lapar. Tengok gerai makan masih banyak yang tutup. Ada satu gerai yang buka  menu nasi lemak, mee kari, laksa. Tu dia….. nak makan nasi lemak nanti mengantuk, laksa jenuh pedih perut, akhirnya kami pilih mi kari atas dasar keperluan sahaja untuk menampung zat dalam perjalanan nanti, nah! Ambik ko Rm 8.00 dah la rasa pun cam lahabau jek . Sepanjang kami makan kemudiannya berehat di massage chair pelanggan yang datang ke gerai tersebut ramai, kebanyakannya cha ya nun alif … kecuali kami hanya satu pasangan Melayu sahaja yang datang makan… kenape ek? Halal ke ek? Mujurlah kami ngaji fikah.

0930 : Perjalanan diteruskan. Wah, hebat juga penangan mi kari ni. Mata naik meliuw pulaaak. Singgah hentian sebelah Kampung Bemban 10 minit.

1000 : R&R Pagoh rehat dan tidur sekejap

1100 : Pagoh Isi minyak 625km Rm 23

1330 : exit Skudai

1345 : sampai ke Hotel GoodHope, Taman Ungku Tun Aminah, Skudai . Tak boleh check in lagi, katanya pukul 1500 baru boleh. Kami makan tengah hari, kedai mamak depan hotel.
Tamat perjalanan hari ini 749 Km.


Di Hotel

Layanan amat tidak memuaskan receptionist tak senyum langsung ketika mengambil kunci dari kaunter dia memberitahu pada kami pihak hotel hanya sediakan satu kad kunci sahaja tapi dengan "bahasa dan intonasi yang cukup indah" dari segi sopan santun aku rasa lebih baik pekerja 7-eleven walau pun produk mereka hanya barangan runcit yang keuntungan sekitar 15-20% tapi sikap yang diamalkan mereka menyapa, senyum, ucap selamat pada pelanggan, memang layak dipuji.

 Guard  pun tiada adab dengan kasarnya mengarahkan kami supaya parking motor di tingkat bawah. Sepatutnya pekerja hotel ni kena pergi kursus dengan pekerja 7-eleven, McDonald atau KFC. Bagaimana nak bercakap sopan dengan pelanggan, cara menyambut tetamu. Jangan pandang luaran pelanggan, memang kami nampak selekeh dengan motor kecil, beg-beg yang bergantungan. Tak nampak macam ustaz @ penjawat awam. Dia tak tau yang kita mai ni pun atas kapasiti kerajaan.  Kena pula sebilik 3 orang, satu katil tambahan diletakkan sesuka hati. Aiseh… apa jenis hotel ni ????? 
potong betullah……. Angin satu badan… hotel tak salah yang salah in caj, bukankah beratus lagi hotel di JB, carilah berdekatan sempadan, Plaza Angsana atau Pusat Islam Iskandar Johor.

bersambung gambar tak boleh upload line slow malam ni... esok cuba upload lagi



 Iktikaf di Masjid Lama Nilai 
 Destinasi tugasan
 Siang tak sempat meronda. Selepas tamat bengkel jam 2300 baru boleh round JB
 Danga Bay, merbahaya bagi rider. Lumba haram kereta boleh meragut nyawa 
 Berangkat pulang, gambar diambil wakil Perlis Ustaz Mohd Syahid
 Hampir 3 jam baru dapat merentasi Johor, gegancu (sprocket) dan rantai mula berbunyi.  
 Keadaan kuda tua ku, yang gagah perkasa. Setelah mengharungi 
cabaran sejauh 1153 km. Baki lagi 600 km lebih kurang
Transit sebentar iktikaf di rumah Allah Masjid Kampung Lubuk Lesung, Kemaman, Kuala Terengganu.
 Trek paling mencabar sepanjang kembara. Kuantan - Jabor - Kuala Terengganu, hujan lebat, lopak tidak kelihatan, pemandu kereta yang tidak perihatin dengan bike rider
 Alhamdulillah menjejak ke sempadan. Pasir Puteh, Kelantan
 Restoran sup belut Jeli, tempat kenangan "Konvoi Askar Pencen" pernah
 bermesyuarat menentukan perjalanan ke Kota Bharu atau Gua Musang. 
Akhirnya kami memilih Dabong - Gua Musang - Cameron Highlands.
Hentian Puncak Titiwangsa, dah nak sampai rumah.
"Hey, Jaguh! hey, sigemuk pendek! ... kudaku terus gagah berlari"

Khamis, 10 Oktober 2013

 Bersama isteri tersayang di Cameron Highlands... 
 Kenangan merempit TZM dengan isteriku
"TZM ni paling selesa bonceng" kata isteriku. Tapi terpaksa ku
 jual pasal kau banyak penyakit dan dah tak boleh long distance.

Lebih banyak nukilan mengenai motor-motor ku akan menyusul selepas ini.

Bermulanya kisah AKU , PAWANG , BIKER DAN ......

Blog yang pernah aku wujudkan suatu masa dulu, kini aku terpaksa wujudkan semula demi kepuasan perjalanan hidupku .... cuma tajuk yang aku fikirkan sesuai AKU , PAWANG , BIKER DAN..... bukan sekadar perawat, aku juga pengembara tegar, penjawat awam, pelajar IPT, peniaga dan...... aku bangga lahir sebagai aku, dalam kelas aku tersendiri...